engan izin-Mu, simpulan aqidah ini tidakkan putus., lupakan yang lalu.. s

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 9, 2011

24 JAM : 7 HAri Perjalanan Kita Bersama ALLAH....

salam 'alaik 


suka saya untuk berkongsi ini.
 
menarik kata-katanya.
 
hebat perekanya.
 
kreatif penciptanya.

Without GOD our week would be
SINDAY
MOURNDAY
TEARSDAY
WASTEDAY
...THIRSTDAY
FIGHTDAY
SHATTERDAY
7 days without GOD makes ONE WEAK.
you had such a great words. 
well done.
 i like. 
hehehe.
 

kita imbas kembali, 24/7 atau lagi detail 86400 saat dalam masa satu hari berapa banyak kita ingat Allah kalau nak dibanding dengan menonton tv, berapa banyak masa kita ingat Allah berbanding dengan masa kita melayari internet 
(aduih, kena atas kepala sendiri). berapa banyak masa kita ingat Allah berbanding dengan kerja kita yang lain. 

ingat Allah masa susah je ke, masa senang rujuk sapa?
 
ingat Allah masa sedih ja ke, masa gumbira kat mana?

ingat Allah masa kena musibah je ke, masa senang lenang dok ingat sapa? 
Astaghfirullah.
 

"dengan mengingati Allah, hatikan menjadi tenang."
 betulkan? 
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
 
berapa banyak kita sebut dalam satu hari?


FASTABIQUL KHOIRAT ~berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan. 
sedikit tapi istiqamah.

Allah suka, dari kita tak buat langsung. 

dari Muaz ra, ketika beliau berpisah dengan Rasulullah SAW, Muaz bertanya apakah amalan yang paling disukai Allah. Rasulullah SAW menjawab, basahi lidahmu dengan zikir.
 

sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian siang dan malam terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal, iaitu orang2 yang mengingati Allah dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi dengan berkata "ya Allah, tidak engkau menciptakan ini dengan sia-sia. mahasuci Allah melindungi kami dari azab api neraka." (Surah Ali-Imran:190-191)


ya Allah, limpahkan rahmatmu ke atas kami.
jadikan kami hamba yang sentiasa mengingati-MU dalam apa jua keadaan kami.
jauhi kami dari sifat sombong dan takabbur.
jadikan kami sentiasa mensyukuri nimat yang Engkau kurniakan.
maha suci Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

kehebatan BismiLlahirahman...


"BISMILLAHIRRAHMAN NIRROHIIM" Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani......

Mukjizat di balik BISMILLAH...
BISMILLAH adalah sebutan/nama dari lafaz "BISMILLAHIRRAHMAN NIRROHIM" yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang'..
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH:-

1.Yang pertama ditulis dalam kalam adalah BISMILLAH.Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2.BISMILLAH untukmu dan ummahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.(Hadis Qudsi)

3.Tatkala BISMILLAH diturunkan kedunia, maka semua awan berlari kearah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang terlempar semua syaitan.

4.Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orng sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5.Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata:"Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH setiap hari.

7.Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata"Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.

8.Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian kan kebakaran, maut mendadak dan bala.

Friday, May 20, 2011

Cahaya Ketenaganku...

SEMBAHYANG DHUHA

Murahkan rezeki, menolak kepapaan
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat  Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :      “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain”sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi  wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” ( Riwayat At-Thabarani )  

Thursday, May 19, 2011

Wanita Pilihanku..



Bukan secantik permata mutiara
Tak jua seindah pelangi dengan penuh warna
Engkaulah sang pembela
Pribadi sholehah sebagai menghias jiwa
Subur dengan Iman dan taqwa

Engkau telah berlari ke jalan ini
Jalan yang membuat banyak merasa putus asa
Karena godaan yang besar dan menyiksa diri
Hanya ketabahan dan keikhlasan yang tersisa
Mengarungi jalan dakwah dengan terus menata diri

Akhirat sebagai tujuan utama
Bertemu Sang Pencipta sebuah cita
Karena dunia bukan sebuah pilihannya
Semua di dunia adalah hina
Kecuali jiwa-jiwa ikhlas dalam derita

Mujahidah sejati....
Seindah sang surya menerangi semesta
Imanmu senatiasa mekar dan penuh pesona
Mempesona dalam taman indah taqwa
Bersih hati menemani jiwa
Bersama pengorbanan raga tuk getarkan dunia

Ayu paras muka bukan ukuran
Indahnya raga bukanlah tujuan
Tiada beda di sisi Ar-Rohman
Menuju cinta, kasih dan keridhoan

Derita dan cabaran dalam perjuangan
Membutuhkan kesetiaan dan keikhlasan
Berjuang demi tegaknya kebenaran
Melepas belenggu keangkaramurkaan

Dirimu wanita pilihan
Mujahidah sejati sebagai dambaan
Tanpa kegentaran dan keraguan
Maju ke depan menyongsong harapan
Kemenangan atau syahid menjemput kematian

Wednesday, May 18, 2011

Aku Ini Wanita Biasa...




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...
Aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerana itu kuingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna. Aku begitu banyak kekurangan.. Maka ketahuilah....


Kepadamu yang memilihku kelak...
Aku tidak sebijak bunda KHADIJAH, kerananya ku ingin kau tahu. Aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihatilah aku dengan hikmah, kerana bagiku kau lah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu...


Duhai kau yang telah memilihku kelak...
Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin kerana aku tak sempat berdandan menyambutmu pulang bekerja kerana kesibukan hal pengurusan kerja-kerja rumah, tanggungjawab yang harus aku laksanakan. Mungkin kerana atas kecuaianku jua...


Padamu yang akan menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...
Ketahuilah, aku tidak sesabar FATIMAH. Ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis, dan tak terkontrol, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa. Aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku. Maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu... Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku...
Janganlah kau membentakku, tapi cukuplah andai kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tahu kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untukmu...


Padamu yang menjadi imam dalam solatku kelak...
Ketahuilah, aku tidak secerdas AISYAH.. Maka janganlah pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arahNYA, walau kadang aku begitu bebal, tapi jangan pernah letih mengajarku... Jangan letih mengingatkan untuk terus bersamamu menjulang pahala dalam amalan-amalan sunnah... Bimbing tanganku ke JannahNYA, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya...InsyaALLAH...


Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...
Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kerepot. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku... Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cinta padamu...


Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, tiap minit,dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu... Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku... Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna... Maafkan aku kerana aku bukan puteri...  Aku hanyalah wanita biasa.....


Semoga ALLAH merestui dan memelihara cinta suci ini di dunia dan di Akhirat dalam keredhaanNYA....

Aamiin~~



Uhibbuki fillah
.

Sunday, May 15, 2011

JujURKAh KiTA....

salam alaik...
moga mendapat barakah pada hari ahad..


Maaf kalau entri kali ini menyentuh hati mana-mana pihak.
 Tetapi ini adalah cara untuk memperbetulkan kesilapan kita yang mungkin kita kurang sedar. 
Kita terlalu obses dengan matlamat dan hala tuju sehingga tidak nampak ruang kesilapan yang kita lakukan. 
Teguran ini khas buat diri saya dan rakan pelajar yang lain.
Cuba kita renung, apakah bererti andai kita berjaya menggenggam segulung ijazah andai dalam masa beberapa tahun akademik ini kita menempuhnya dengan tidak jujur. Dengan erti kata yang lain, adakah anda puas hati dengan kejayaan anda - lebih-lebih lagi berjaya menempatkan diri dalam kalangan pelajar terbaik - e.g. pointer atas 3.00, sedangkan apabila exam anda tidak jujur, apabila hantar assignment, anda tidak menyumbang sepenuhnya (hanya pada nama) dan apabila menyiapkan report, anda copy paste bulat-bulat (sama ada dari internet mahupun mengambil report rakan lain dan ubah nama, font dan sedikit isi sahaja).

Di mana usaha kita untuk berjaya itu? Kita terlalu mengejar matlamat sehingga guna jalan yang tidak betul. Kita sibuk membicarakan tentang perjuangan sehingga aspek kejujuran pada diri dan orang lain tidak dilaksanakan. Kita sibuk mencari, mengkritik dan memperbetulkan kesalahan orang lain tapi kita tipu diri sendiri, masyarakat dan tuhan yang menciptakan kita. Itukah yang dinamakan mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya?

Pengalaman begitu mengajar. Apa yang dibanggakan dengan markah yang tinggi tapi semuanya hasil dari perbincangan dengan rakan-rakan ketika dalam dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula? Ada yang terkejar-kejar untuk masuk awal ke dalam dewan peperiksaan (ingatkan mereka terlalu bersedia dengan peperiksaan dan apa jua soalan yang ditanya - membuatkan saya berasa teruk kerana selalu masuk lambat kerana kurang bersedia). Rupanya ada udang di sebalik batu. Membuka kertas soalan walaupun ditegaskan dengan arahan "you are not allowed to open this booklet until you are told to do so". Beberapa minit sebelum peperiksaan pun bermula - yang mana tak tahu, tanya pada yang tahu. Yang mana tahu, berkongsi pada yang tak tahu.

Kalau begitu, lebih baik tak payah buat kuiz atau peperiksaan. Kita cadangkan buat tutorial yang ada markah. Kalau nak bincang banyak pun tak kisah sebab bukan peperiksaan. Jadi andai kata anda peroleh markah sedikit tetapi anda jujur, hasil usaha anda dan bukannya orang lain, tidak perlu rasa susah hati. Yang penting anda berusaha secukupnya. Itu lebih baik dari mendapat markah yang terlalu tinggi tapi hanya kerana nasib dapat tanya pada yang tahu. Selamat (katanya..).

Begitu juga pada anda yang menjadi mangsa copy paste report (kawan pinjam dan hantar 'sebijik' report anda), jangan rasa susah hati kerana anda berusaha menyiapkannya. Anda telah berusaha untuk berjaya. Cuma ada insan yang suka ambil mudah dan mempergunakan anda. Lebih sakit jika orang yang meminjam report anda dapat markah report lebih tinggi dari anda. Yang penting markah yang anda dapat adalah hasil usaha anda (walaupun sedikit). Perkara ini mengingatkan saya pada kenyataan Dr. Tuah Iskandar bahawa generasi pada hari ini adalah kebanyakannya generasi 'copy and paste'. Bila mereka berada di alam pekerjaan, mereka mungkin membawa masalah (mungkin dari segi aplikasi ilmu). Sebab itu, sesetengah professional (contohnya pensyarah) yang betul-betul berjaya adalah mereka yang mengajar berdasarkan ilmu yang didalami dan tersimpan dalam kotak fikiran mereka dan tidak terlalu bersandarkan kepada bahan mengajar (e.g. powerpoint).

Moga-moga kita mula berfikir dan merenung perkara ini. 
Selamat menempuh peperiksaan yang mendatang. Bittaufiq wannajah.

Saturday, May 14, 2011

BahAgia Dalam REadha Allah..


 BAHAGIA belum tentu tersimpan di istana yang megah. 
Bahagia pada sepasang kekasih tentu ada pasang surutnya.
 Di manakah bahagia? 
Pada keluasan ilmu,
 rezeki dan pangkat, 
atau duduk bercengkerama dengan isteri dan anak-anak?
 Ternyata itu semua boleh juga menggoncang perasaan, memerah otak jadi lemah,
 badan kering dan layu, sakit di hati yang susah mengubatinya.

Pakar motivasi menyatakan: "Anda adalah apa yang anda fikirkan mengenai diri anda". Manakala hadis Rasulullah SAW memberi petua lagi bernas, sabdanya: "Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika ia mendapat kesenangan ia bersyukur, hal ini adalah kebaikan. Dan jika ia ditimpa kesusahan ia bersabar, itu juga adalah kebaikan." (Hadis riwayat Imam Muslim).

Semua baik, baik dan baik. Apa yang Allah pilih untuk kita adalah baik. Bila sakit ubatnya adalah senyum dan reda. Diuji dengan kekurangan harta tidak menjadi masalah bagi orang yang percaya bahawa bukankah selama ini Allah memberi lebih banyak daripada mengambil? Ibnu Mas'ud apabila ditanya: "Apakah engkau bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?" Beliau menjawab: "Bukankah Allah telah meninggalkan untukku yang sebelah lagi?"

Orang banyak mengatakan: "Bahagia itu adalah kepuasan hati." Tapi pernahkah kita berfikir bahawa manusia tidak akan pernah puas? Selagi mana ia berada di dunia ia pasti berhadapan dengan kekurangan. Kurang popular, kurang kaya, kurang cantik, kurang sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya yang tidak akan pernah rasa dengan sempurna. Selami dasar hati anda, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu ada pada sifat reda.

Ia bagaikan ubat yang menyejukkan orang yang demam. Seperti rimbunan pohon di tengah panas yang terik, umpama hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa memujuk hati yang luka. Sesungguhnya apa-apa yang datang kepada kita adalah baik belaka kerana Allah SWT lebih mengetahui apa yang 'sesuai' untuk kita. Dia yang memilih, yang Maha sempurna aturan-Nya, yang suci dari cacat cela atas segala pentadbiran-Nya.

Sebagai manusia biasa ada kalanya kita ‘tidak terima' dengan apa yang terjadi pada diri. Tapi biarlah perasaan itu dikawal pada paras hanya ‘terkejut' di puncaknya, kemudian surut dengan perasaan reda atas ketentuan-Nya. Firman Allah bermaksud: "Allah pun reda ke atas diri mereka dan mereka pun reda dengan pemberian-Nya." (Surah al-Bayyinah, 98, ayat 8)

Ada dua rahsia yang terkandung dalam kalimah Allah itu, iaitu pertama adalah ayat ini cuba memujuk kita bahawa apa-apa yang datang kepada kita semuanya adalah hadiah pemberian Allah. Ujian itu sebenarnya hadiah yang paling mahal tetapi kadang-kadang manusia menganggap cuma nikmat yang paling berharga.

Kedua, wujudnya hubungan kasih sayang antara Allah dan hamba-Nya. Sayang akan melahirkan reda ke atas apa saja yang dilakukan oleh orang yang kita sayang. Kerana sayang, masakan isteri yang kurang garam terasa sedap juga. Kekasih yang menduga dan menyakiti hati kita terpaksa kita reda sebab sayang.

Tetapi mengapa pula kita merajuk jika Allah menguji kesetiaan cinta kita. Jika sakit mengeluh panjang, lupa dengan hari ketika ia sihat. Kalau rugi semua orang di amuk, di pejabat, di pasar, di rumah, di jalan raya semua terkena tempias kemarahannya. Rugi yang sedikit itu telah menutup kurniaan Allah yang banyak pada rezekinya selama ini. Betapa sengsaranya orang yang tiada sifat reda.

Hidup tidak tenang, dikejar rasa takut, hati rasa kosong padahal peti besinya penuh dengan duit. Segala hiburan dan perhiasan dunia memang boleh mendatangkan bahagia tapi bukan bahagia yang ‘diam' dalam hati, ia cuma menempel sebentar di dinding hati kemudian lenyap begitu cepat. Carilah bahagia yang hakiki di atas jalan yang telah dibentangkan oleh kekasih Allah, Muhammad SAW. Bahagia itu adalah reda. Cukup senang formulanya tetapi susah dilakukan kecuali oleh orang yang bijak mengawal perasaan lagi beriman.

Tanda reda ada tiga. Pertama adalah kata yang baik ketika menerima ujian Allah. Innalillahi wainna ilaihi rajiun (Kami adalah milik Allah dan kepada Allah kami akan dikembalikan). Bukan sumpah seranah dan maki hamun rasa tak puas hati.

Kedua, ketika susah ingatlah dengan nikmat Allah yang banyak. Di situ anda akan berasa beruntung dengan apa yang ada pada diri.

Ketiga, ikhtiar jangan berhenti. Reda bukan bermakna menerima tanpa usaha. Itu adalah putus asa dan pesimis namanya. Tapi reda adalah semangat yang membangkitkan hati yang sedih, yang menajamkan akal fikiran, menguatkan hentakan kaki dan membuahkan idea yang bernas untuk berjaya. Jadilah orang yang bahagia dengan kekuatan yang tersimpan dalam mustika yang bernama reda kepada Allah.

Reda dengan apa yang dikurniakan sesungguhnya setiap apa kurniaan adalah mengikut bahagian bukan keseluruhan. Malah bersyukur adalah tunas keredaan.

p/s : Apabila kita redha dengan sesuatu ketentuan, pasti hati kita akan rasa tenang dan bersangka baik dengan Allah kerana Dialah yang mengetahui segala yang terbaik buat hamba-hambanya..

Wednesday, May 11, 2011

Kenapa Aku Diuji..?Al-Quran Menjawab...

KENAPA AKU DIUJI?

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Al-Baqarah: 214)

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(at-Taghaabun: 11)

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.
(Taha: 131)

Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
(Al-Fajr: 14-17)

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
(Az-Zumar: 49)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah: 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah: 286)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
(Al- Baqarah :153)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
(Al-Baqarah: 45)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar
(Al- Baqarah:155)

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
(Al-Imran: 200)

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
(Al-Nahl: 96)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.
(Al-Kahf: 17)

Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.
(At-Taubah: 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.
(Yusuf: 12)

p/s :
...(senyum pada diri sndri..)
Nikmat Tuhan yang manakah yang hndk
kamu dustakan??

"Sesungguhnya Al-Quran itu Syifa'..
Penyembuh segala Duka..
Pengubat segala Rasa..
Penawar segala-gaLanya"

SubhanaLLAH....
Segala persoalan terjawab...
'Maka mengapa kamu tidak berfikir?' -al-baqarah-

Tuesday, May 10, 2011

Sifat-sifat Muslimah dalam Surah al-Ahzab 33 : 28-36

Bismillahirahmanirrahim
salam alik,
selamat pagi ...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang




Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: " Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya." (33 : 28)

"Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredhaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu, pahala yang besar". (33 : 29)

"Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya." (33 : 30)

"Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalannya itu dua kali ganda, dan kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia." (33 : 31)

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." (33 : 32)

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai AhlulBait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)." (33 : 33)

"Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadith-hadith Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirnya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya." (33 : 34)

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatanya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar." (33 : 35)

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (33 : 36)

  1. Memilih Allah dan Rasulullah daripada kemewahan dunia serta mengharapkan ganjaran hari Akhirat
  2. Meninggalkan perbuatan keji kerana takutkan balasan api neraka
  3. Mentaati Allah dan Rasulullah serta beramal soleh semata-mata mengharapkan ganjaran berganda
  4. Bertaqwa kepada Allah dengan berakhlak muslimah dalam percakapan dan pergaulan dengan lelaki ajnabi
  5. Menjadikan rumahnya sebagai tempat asalnya beramal soleh
  6. Tidak bertabaruj sekiranya memerlukan dia keluar rumah
  7. Mendirikan solat dan mengeluarkan zakat serta taat kepada Allah dan Rasulullah
  8. Sentiasa ingat dan beramal dengan ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah
  9. Bersifat dengan 10 sifat utama yang menjamin keampunan dan ganjaran yang besar dari Allah; tunduk patuh, beriman, berserah kepada Allah, benar, Sabar, khusyu', suka bersedekah, suka berpuasa, menjaga kehormatan, banyak berzikir.
  10. Mengutamakan dan memilih ketetapan hukuman Allah dan Rasulullah dalam setiap urusan hidupnya.

BaLasaN dAri SebUah KeJuJUran.





Seorang pemuda bernama Hassan, keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur. Setelah sedar dari tidurnya, didapati untanya tidak ada. Hassan lalu terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya tetapi telah mati. Alangkah hairan dan marahnya Hassan.

“Pakcik yang membunuhnya,” kata seorang tua yang ada di sisi bangkai unta itu. “Tetapi bukan sengaja,” sambung orang tua itu lagi. “Ketika unta ini memakan tanaman pakcik, pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Lepas itu, ia berpusing-pusing dan jatuh lalu mati.” Orang tua itu bercerita menerangkan kejadian yang sebenarnya.

Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur dengan tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang tua itu dan terpenggallah leher dari badan. Hassan seakan-akan baru bermimpi tersedar dari kejadian itu dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya. Dua orang anak lelaki orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Dan Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Amirul Mukminin sendiri yang menjadi hakimnya. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, perbicaraan pun dijalankan. Sayyidina Umar selaku hakim setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:

“Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu dalam beberapa hari kerana saya mohon untuk memberitahu ibubapa saya, anak isteri saya dan saudara-mara tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya.”

Sayyidina Umar kerana tegas dan adilnya menjawab, “Tidak!. Tiada jaminan bahawa engkau datang lagi untuk menjalani hukuman ini.”

Hassan merayu lagi, “Kasihanilah saya tuan hakim. Semua orang yang mengasihi saya sedang menunggu keputusan saya. Mereka tentu tertanya-tanya kalau saya tidak pulang memberitahu tentang perkara ini.” Sekali lagi, Sayyidina Umar menunjukkan ketegasan dan keadilannya, “Tidak!!,” katanya.

Kali ketiga Hassan merayu, tiba-tiba salah seorang Sahabat bangun dan berkata, “Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.”

Dengan jaminan yang diberikan oleh Sahabat itu, Abu Zar, Sayyidina Umar pun membenarkan hukuman itu ditangguhkan. Dan Hassan pun dibenarkan pulang setelah menentukan tarikh yang akan datang. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, “Biar saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat.” Menangislah ibubapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut pada Allah daripada anak isteri. Dia lebih cintakan Akhirat daripada dunia.

Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu, dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya. Tetapi sudah lewat.

Di padang tempat hukuman hendak dijalankan, kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan. Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hasaan yang datang, mereka bertempik: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang. Sebaik sahaja turun dari kudanya, Hassan menghadap tuan hakim dan berkata, “Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengahpadang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim.” Kemudian katanya lagi, “Sebelum saya dihukum bunuh, izinkan saya bersolat dua rakaat.”

Sayyidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku dunia dan di Akhirat.” Selesai menyapu muka, Hassan pun menghadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat yang genting itu, tiba-tiba kedua beradik anak si mati menghadap tuan hakim dan berkata:

“Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami, Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.” Mendengar itu sekali lagi, padang itu bergema dengan laungan: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan Akhirat. Insya-Allah.

“Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri,” sabda Rasulullah SAW.