engan izin-Mu, simpulan aqidah ini tidakkan putus., lupakan yang lalu.. s

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 9, 2011

24 JAM : 7 HAri Perjalanan Kita Bersama ALLAH....

salam 'alaik 


suka saya untuk berkongsi ini.
 
menarik kata-katanya.
 
hebat perekanya.
 
kreatif penciptanya.

Without GOD our week would be
SINDAY
MOURNDAY
TEARSDAY
WASTEDAY
...THIRSTDAY
FIGHTDAY
SHATTERDAY
7 days without GOD makes ONE WEAK.
you had such a great words. 
well done.
 i like. 
hehehe.
 

kita imbas kembali, 24/7 atau lagi detail 86400 saat dalam masa satu hari berapa banyak kita ingat Allah kalau nak dibanding dengan menonton tv, berapa banyak masa kita ingat Allah berbanding dengan masa kita melayari internet 
(aduih, kena atas kepala sendiri). berapa banyak masa kita ingat Allah berbanding dengan kerja kita yang lain. 

ingat Allah masa susah je ke, masa senang rujuk sapa?
 
ingat Allah masa sedih ja ke, masa gumbira kat mana?

ingat Allah masa kena musibah je ke, masa senang lenang dok ingat sapa? 
Astaghfirullah.
 

"dengan mengingati Allah, hatikan menjadi tenang."
 betulkan? 
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
 
berapa banyak kita sebut dalam satu hari?


FASTABIQUL KHOIRAT ~berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan. 
sedikit tapi istiqamah.

Allah suka, dari kita tak buat langsung. 

dari Muaz ra, ketika beliau berpisah dengan Rasulullah SAW, Muaz bertanya apakah amalan yang paling disukai Allah. Rasulullah SAW menjawab, basahi lidahmu dengan zikir.
 

sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian siang dan malam terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal, iaitu orang2 yang mengingati Allah dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi dengan berkata "ya Allah, tidak engkau menciptakan ini dengan sia-sia. mahasuci Allah melindungi kami dari azab api neraka." (Surah Ali-Imran:190-191)


ya Allah, limpahkan rahmatmu ke atas kami.
jadikan kami hamba yang sentiasa mengingati-MU dalam apa jua keadaan kami.
jauhi kami dari sifat sombong dan takabbur.
jadikan kami sentiasa mensyukuri nimat yang Engkau kurniakan.
maha suci Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

kehebatan BismiLlahirahman...


"BISMILLAHIRRAHMAN NIRROHIIM" Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani......

Mukjizat di balik BISMILLAH...
BISMILLAH adalah sebutan/nama dari lafaz "BISMILLAHIRRAHMAN NIRROHIM" yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang'..
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH:-

1.Yang pertama ditulis dalam kalam adalah BISMILLAH.Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2.BISMILLAH untukmu dan ummahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.(Hadis Qudsi)

3.Tatkala BISMILLAH diturunkan kedunia, maka semua awan berlari kearah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang terlempar semua syaitan.

4.Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orng sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5.Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata:"Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH setiap hari.

7.Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata"Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.

8.Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian kan kebakaran, maut mendadak dan bala.

Friday, May 20, 2011

Cahaya Ketenaganku...

SEMBAHYANG DHUHA

Murahkan rezeki, menolak kepapaan
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat  Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :      “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain”sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi  wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” ( Riwayat At-Thabarani )  

Thursday, May 19, 2011

Wanita Pilihanku..



Bukan secantik permata mutiara
Tak jua seindah pelangi dengan penuh warna
Engkaulah sang pembela
Pribadi sholehah sebagai menghias jiwa
Subur dengan Iman dan taqwa

Engkau telah berlari ke jalan ini
Jalan yang membuat banyak merasa putus asa
Karena godaan yang besar dan menyiksa diri
Hanya ketabahan dan keikhlasan yang tersisa
Mengarungi jalan dakwah dengan terus menata diri

Akhirat sebagai tujuan utama
Bertemu Sang Pencipta sebuah cita
Karena dunia bukan sebuah pilihannya
Semua di dunia adalah hina
Kecuali jiwa-jiwa ikhlas dalam derita

Mujahidah sejati....
Seindah sang surya menerangi semesta
Imanmu senatiasa mekar dan penuh pesona
Mempesona dalam taman indah taqwa
Bersih hati menemani jiwa
Bersama pengorbanan raga tuk getarkan dunia

Ayu paras muka bukan ukuran
Indahnya raga bukanlah tujuan
Tiada beda di sisi Ar-Rohman
Menuju cinta, kasih dan keridhoan

Derita dan cabaran dalam perjuangan
Membutuhkan kesetiaan dan keikhlasan
Berjuang demi tegaknya kebenaran
Melepas belenggu keangkaramurkaan

Dirimu wanita pilihan
Mujahidah sejati sebagai dambaan
Tanpa kegentaran dan keraguan
Maju ke depan menyongsong harapan
Kemenangan atau syahid menjemput kematian

Wednesday, May 18, 2011

Aku Ini Wanita Biasa...




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...
Aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerana itu kuingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna. Aku begitu banyak kekurangan.. Maka ketahuilah....


Kepadamu yang memilihku kelak...
Aku tidak sebijak bunda KHADIJAH, kerananya ku ingin kau tahu. Aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihatilah aku dengan hikmah, kerana bagiku kau lah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu...


Duhai kau yang telah memilihku kelak...
Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin kerana aku tak sempat berdandan menyambutmu pulang bekerja kerana kesibukan hal pengurusan kerja-kerja rumah, tanggungjawab yang harus aku laksanakan. Mungkin kerana atas kecuaianku jua...


Padamu yang akan menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...
Ketahuilah, aku tidak sesabar FATIMAH. Ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis, dan tak terkontrol, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa. Aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku. Maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu... Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku...
Janganlah kau membentakku, tapi cukuplah andai kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tahu kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untukmu...


Padamu yang menjadi imam dalam solatku kelak...
Ketahuilah, aku tidak secerdas AISYAH.. Maka janganlah pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arahNYA, walau kadang aku begitu bebal, tapi jangan pernah letih mengajarku... Jangan letih mengingatkan untuk terus bersamamu menjulang pahala dalam amalan-amalan sunnah... Bimbing tanganku ke JannahNYA, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya...InsyaALLAH...


Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...
Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kerepot. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku... Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cinta padamu...


Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, tiap minit,dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu... Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku... Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna... Maafkan aku kerana aku bukan puteri...  Aku hanyalah wanita biasa.....


Semoga ALLAH merestui dan memelihara cinta suci ini di dunia dan di Akhirat dalam keredhaanNYA....

Aamiin~~



Uhibbuki fillah
.

Sunday, May 15, 2011

JujURKAh KiTA....

salam alaik...
moga mendapat barakah pada hari ahad..


Maaf kalau entri kali ini menyentuh hati mana-mana pihak.
 Tetapi ini adalah cara untuk memperbetulkan kesilapan kita yang mungkin kita kurang sedar. 
Kita terlalu obses dengan matlamat dan hala tuju sehingga tidak nampak ruang kesilapan yang kita lakukan. 
Teguran ini khas buat diri saya dan rakan pelajar yang lain.
Cuba kita renung, apakah bererti andai kita berjaya menggenggam segulung ijazah andai dalam masa beberapa tahun akademik ini kita menempuhnya dengan tidak jujur. Dengan erti kata yang lain, adakah anda puas hati dengan kejayaan anda - lebih-lebih lagi berjaya menempatkan diri dalam kalangan pelajar terbaik - e.g. pointer atas 3.00, sedangkan apabila exam anda tidak jujur, apabila hantar assignment, anda tidak menyumbang sepenuhnya (hanya pada nama) dan apabila menyiapkan report, anda copy paste bulat-bulat (sama ada dari internet mahupun mengambil report rakan lain dan ubah nama, font dan sedikit isi sahaja).

Di mana usaha kita untuk berjaya itu? Kita terlalu mengejar matlamat sehingga guna jalan yang tidak betul. Kita sibuk membicarakan tentang perjuangan sehingga aspek kejujuran pada diri dan orang lain tidak dilaksanakan. Kita sibuk mencari, mengkritik dan memperbetulkan kesalahan orang lain tapi kita tipu diri sendiri, masyarakat dan tuhan yang menciptakan kita. Itukah yang dinamakan mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya?

Pengalaman begitu mengajar. Apa yang dibanggakan dengan markah yang tinggi tapi semuanya hasil dari perbincangan dengan rakan-rakan ketika dalam dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula? Ada yang terkejar-kejar untuk masuk awal ke dalam dewan peperiksaan (ingatkan mereka terlalu bersedia dengan peperiksaan dan apa jua soalan yang ditanya - membuatkan saya berasa teruk kerana selalu masuk lambat kerana kurang bersedia). Rupanya ada udang di sebalik batu. Membuka kertas soalan walaupun ditegaskan dengan arahan "you are not allowed to open this booklet until you are told to do so". Beberapa minit sebelum peperiksaan pun bermula - yang mana tak tahu, tanya pada yang tahu. Yang mana tahu, berkongsi pada yang tak tahu.

Kalau begitu, lebih baik tak payah buat kuiz atau peperiksaan. Kita cadangkan buat tutorial yang ada markah. Kalau nak bincang banyak pun tak kisah sebab bukan peperiksaan. Jadi andai kata anda peroleh markah sedikit tetapi anda jujur, hasil usaha anda dan bukannya orang lain, tidak perlu rasa susah hati. Yang penting anda berusaha secukupnya. Itu lebih baik dari mendapat markah yang terlalu tinggi tapi hanya kerana nasib dapat tanya pada yang tahu. Selamat (katanya..).

Begitu juga pada anda yang menjadi mangsa copy paste report (kawan pinjam dan hantar 'sebijik' report anda), jangan rasa susah hati kerana anda berusaha menyiapkannya. Anda telah berusaha untuk berjaya. Cuma ada insan yang suka ambil mudah dan mempergunakan anda. Lebih sakit jika orang yang meminjam report anda dapat markah report lebih tinggi dari anda. Yang penting markah yang anda dapat adalah hasil usaha anda (walaupun sedikit). Perkara ini mengingatkan saya pada kenyataan Dr. Tuah Iskandar bahawa generasi pada hari ini adalah kebanyakannya generasi 'copy and paste'. Bila mereka berada di alam pekerjaan, mereka mungkin membawa masalah (mungkin dari segi aplikasi ilmu). Sebab itu, sesetengah professional (contohnya pensyarah) yang betul-betul berjaya adalah mereka yang mengajar berdasarkan ilmu yang didalami dan tersimpan dalam kotak fikiran mereka dan tidak terlalu bersandarkan kepada bahan mengajar (e.g. powerpoint).

Moga-moga kita mula berfikir dan merenung perkara ini. 
Selamat menempuh peperiksaan yang mendatang. Bittaufiq wannajah.

Saturday, May 14, 2011

BahAgia Dalam REadha Allah..


 BAHAGIA belum tentu tersimpan di istana yang megah. 
Bahagia pada sepasang kekasih tentu ada pasang surutnya.
 Di manakah bahagia? 
Pada keluasan ilmu,
 rezeki dan pangkat, 
atau duduk bercengkerama dengan isteri dan anak-anak?
 Ternyata itu semua boleh juga menggoncang perasaan, memerah otak jadi lemah,
 badan kering dan layu, sakit di hati yang susah mengubatinya.

Pakar motivasi menyatakan: "Anda adalah apa yang anda fikirkan mengenai diri anda". Manakala hadis Rasulullah SAW memberi petua lagi bernas, sabdanya: "Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika ia mendapat kesenangan ia bersyukur, hal ini adalah kebaikan. Dan jika ia ditimpa kesusahan ia bersabar, itu juga adalah kebaikan." (Hadis riwayat Imam Muslim).

Semua baik, baik dan baik. Apa yang Allah pilih untuk kita adalah baik. Bila sakit ubatnya adalah senyum dan reda. Diuji dengan kekurangan harta tidak menjadi masalah bagi orang yang percaya bahawa bukankah selama ini Allah memberi lebih banyak daripada mengambil? Ibnu Mas'ud apabila ditanya: "Apakah engkau bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?" Beliau menjawab: "Bukankah Allah telah meninggalkan untukku yang sebelah lagi?"

Orang banyak mengatakan: "Bahagia itu adalah kepuasan hati." Tapi pernahkah kita berfikir bahawa manusia tidak akan pernah puas? Selagi mana ia berada di dunia ia pasti berhadapan dengan kekurangan. Kurang popular, kurang kaya, kurang cantik, kurang sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya yang tidak akan pernah rasa dengan sempurna. Selami dasar hati anda, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu ada pada sifat reda.

Ia bagaikan ubat yang menyejukkan orang yang demam. Seperti rimbunan pohon di tengah panas yang terik, umpama hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa memujuk hati yang luka. Sesungguhnya apa-apa yang datang kepada kita adalah baik belaka kerana Allah SWT lebih mengetahui apa yang 'sesuai' untuk kita. Dia yang memilih, yang Maha sempurna aturan-Nya, yang suci dari cacat cela atas segala pentadbiran-Nya.

Sebagai manusia biasa ada kalanya kita ‘tidak terima' dengan apa yang terjadi pada diri. Tapi biarlah perasaan itu dikawal pada paras hanya ‘terkejut' di puncaknya, kemudian surut dengan perasaan reda atas ketentuan-Nya. Firman Allah bermaksud: "Allah pun reda ke atas diri mereka dan mereka pun reda dengan pemberian-Nya." (Surah al-Bayyinah, 98, ayat 8)

Ada dua rahsia yang terkandung dalam kalimah Allah itu, iaitu pertama adalah ayat ini cuba memujuk kita bahawa apa-apa yang datang kepada kita semuanya adalah hadiah pemberian Allah. Ujian itu sebenarnya hadiah yang paling mahal tetapi kadang-kadang manusia menganggap cuma nikmat yang paling berharga.

Kedua, wujudnya hubungan kasih sayang antara Allah dan hamba-Nya. Sayang akan melahirkan reda ke atas apa saja yang dilakukan oleh orang yang kita sayang. Kerana sayang, masakan isteri yang kurang garam terasa sedap juga. Kekasih yang menduga dan menyakiti hati kita terpaksa kita reda sebab sayang.

Tetapi mengapa pula kita merajuk jika Allah menguji kesetiaan cinta kita. Jika sakit mengeluh panjang, lupa dengan hari ketika ia sihat. Kalau rugi semua orang di amuk, di pejabat, di pasar, di rumah, di jalan raya semua terkena tempias kemarahannya. Rugi yang sedikit itu telah menutup kurniaan Allah yang banyak pada rezekinya selama ini. Betapa sengsaranya orang yang tiada sifat reda.

Hidup tidak tenang, dikejar rasa takut, hati rasa kosong padahal peti besinya penuh dengan duit. Segala hiburan dan perhiasan dunia memang boleh mendatangkan bahagia tapi bukan bahagia yang ‘diam' dalam hati, ia cuma menempel sebentar di dinding hati kemudian lenyap begitu cepat. Carilah bahagia yang hakiki di atas jalan yang telah dibentangkan oleh kekasih Allah, Muhammad SAW. Bahagia itu adalah reda. Cukup senang formulanya tetapi susah dilakukan kecuali oleh orang yang bijak mengawal perasaan lagi beriman.

Tanda reda ada tiga. Pertama adalah kata yang baik ketika menerima ujian Allah. Innalillahi wainna ilaihi rajiun (Kami adalah milik Allah dan kepada Allah kami akan dikembalikan). Bukan sumpah seranah dan maki hamun rasa tak puas hati.

Kedua, ketika susah ingatlah dengan nikmat Allah yang banyak. Di situ anda akan berasa beruntung dengan apa yang ada pada diri.

Ketiga, ikhtiar jangan berhenti. Reda bukan bermakna menerima tanpa usaha. Itu adalah putus asa dan pesimis namanya. Tapi reda adalah semangat yang membangkitkan hati yang sedih, yang menajamkan akal fikiran, menguatkan hentakan kaki dan membuahkan idea yang bernas untuk berjaya. Jadilah orang yang bahagia dengan kekuatan yang tersimpan dalam mustika yang bernama reda kepada Allah.

Reda dengan apa yang dikurniakan sesungguhnya setiap apa kurniaan adalah mengikut bahagian bukan keseluruhan. Malah bersyukur adalah tunas keredaan.

p/s : Apabila kita redha dengan sesuatu ketentuan, pasti hati kita akan rasa tenang dan bersangka baik dengan Allah kerana Dialah yang mengetahui segala yang terbaik buat hamba-hambanya..